ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari – Pemandu Honda Accord nafi terlibat

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, kereta Honda Accord yang dikatakan melanggar lari sebuah motosikal ditunggang penghantar makanan di Persiaran Putra Mahkota dekat Putra Heights di Subang Jaya, semalam, menafikan dirinya terbabit dalam kemalangan itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at, pihaknya menerima laporan dibuat pemilik Honda Accord, Seow Yoe Chuen, 30, mengenai penafian itu. Lelaki tersebut hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan adiknya pada 3 petang (semalam).

Lelaki itu kemudian membuat laporan polis memaklumkan dia melihat kemalangan berkenaan, namun menafikan dirinya terbabit. Azman berkata, berdasarkan keterangan, kemalangan itu berlaku ketika Yoe Chuen memandu keretanya dari arah Persiaran Putra Perdana ke arah Persiaran Putra Indah pada 10.18 pagi.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Katanya, Yoe Chuen memaklumkan dia nampak dengan jelas motosikal Yamaha LC135 ditunggang lelaki terlanggar pembahagi jalan di tengah simpang tiga jalan berkenaan. Penunggang motosikal itu dikatakan tercampak kira-kira lapan meter ke hadapan dan ditemui terbaring di tengah jalan.

Tambah beliau, pengadu (Yoe Chuen) kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk membantu mangsa, namun terus beredar dari lokasi untuk membawa anaknya ke klinik selepas melihat orang ramai memberi bantuan kepada mangsa.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengesan penunggang motosikal itu, Mohamed Samsudeen Jainudeen, 20, yang dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Siasatan dilakukan pihaknya melalui pemeriksaan terhadap kereta Honda Accord berkenaan mendapati tiada kesan kemalangan atau calar mahupun kemek pada kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Kata beliau, motosikal mangsa yang ditemui di lokasi kejadian didapati mengalami beberapa kerosakan termasuk rim hadapan bengkok dan kenderaan itu dibawa ke balai untuk pemeriksaan forensik. Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu diteruskan bagi mengesahkan punca kemalangan dan penafian pengadu.

Tambah beliau lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, satu status memaklumkan berlaku kemalangan langgar lari membabitkan sebuah kereta Honda Accord yang dikatakan melanggar sebuah motosikal ditunggang penghantar makanan di Putra Heights, di Subang Jaya, semalam, tular di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply