ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Nissan Navara NP300 facelift 2021 dikesan di Semenyih

Foto Intip

Views

Nampak gayanya trak pikap Nissan Navara NP300 akan menerima versi facelift untuk tahun 2021. Satu foto yang memaparkan kelibat beberapa unit Navara NP300 facelift telah dimuatnaik oleh salah seorang ahli group Nissan Navara NP300 Malaysia Club (Official) bernama Raymond Lok Twe sejak semalam.

Menurutnya, stok trak pikap ini disimpan di sebuah depoh simpanan berpagar di Semenyih Hi-Tech Industrial Park. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai tarikh pelancaran model tersebut, namun menurut rakan kami di WapCar.my, stok model semasa Navara semakin hampir habis dijual.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Mungkin, Navara NP300 facelift hanya menanti masa untuk dilancarkan dalam masa terdekat dan versi yang dipertingkatkan ini tampil dengan perubahan kosmetik yang menjadikannya lebih garang. Dari depan ia mirip trak pikap Nissan Titan yang bersaiz lebih besar, terutama pada rekaan lampu dan juga jerijinya.

Model ini telah pun tiba di Thailand dan ia masih mengekalkan enjin diesel 2.3-liter turbo-berkembar yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 190 PS dengan 450 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan automatik.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Yang menariknya, ia turut ditawarkan dengan varian andalan iaitu, Pro-4X 4WD dengan penampilan lebih garang menerusi kemasan jeriji berwarna gelap yang turut diselitkan dengan calitan warna jingga pada beberapa bahagian tertentu.

Ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan terkini antaranya Amaran Perlanggaran Hadapan Pintar (IFCW). Brek Kecemasan Pintar (IEB), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Tukar Lorong (ILI) dan lain-lain. Model yang digelar “Ibu Segala Trak” ini sudah pastinya akan memberi saingan sengit kepada beberapa model lain antaranya Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max dan juga Ford Ranger.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply