ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz R5 menang lagi di Goodwood Festival of Speed

Sukan Permotoran

Views

Kira-kira 5 jam yang lalu lama Facebook rasmi pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) mengumumkan mereka sekali lagi muncul sebagai pemenang Forest Rally Stage yang berlangsung sempena Goodwood Festival of Speed 2019. Ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut buat pasukan yang menggunakan jentera rali Proton Iriz R5.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Jentera rali berwarna jingga yang telah lulus homologasi dari FIA ini dipandu oleh Oliver Mellors bersama juruarah Ian Windress. Untuk musim ini, pasukan Mellors Elliot Motorsport telah mendapat tajaan dari pengeluar minuman keras, Thornbridge Brewery Jaipur IPA.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Proton Iriz R5 pacuan empat roda ini dijana oleh enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X  yang diubahsuai sesarannya daripada 2.0 liter kepada 1.6 liter bagi membolehkannya bersaing dalam kategori R5 dan ia dipadankan dengan kotak gear Xtrac.  Ia juga merupakan jentera rali yang pertama yang lulus homologasi dari FIA untuk kedua-dua pemanduan, sebelah kiri dan juga kanan.

Proton Iriz R5 membuat debut pertamanya di Goodwood Festival of Speed 2017 dan telah membuat kejutan dengan muncul sebagai juara Forest Rally Stage walaupun ketika itu masih ia di peringkat prototaip. Tahun berikutnya, mereka kembali ke acara yang sama dan mengekalkan kejuaraan peringkat buat tahun kedua berturut-turut.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mellors Elliot Motorsport

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply