ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Malaysia perkenal Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI selama 60 bulan sempena ulang tahun ke-60

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-60, MINI memperkenalkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI bagi semua kenderaan keluarannya yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2019. Tawaran ini memberikan pemilik-pemilik MINI baharu Servis Berjadual Percuma yang terhad untuk 60 bulan atau 80,000km (mana-mana terdahulu) serta waranti bertempoh 60 bulan tanpa had perbatuan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Mengulas mengenai tawaran ini, En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata mereka berbesar hati untuk melanjutkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan kepada pemilik-pemilik MINI baharu untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Servis yang ditawarkan melalui Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi yang merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Tawaran eksklusif ini boleh dimiliki bagi semua pembelian kenderaan MINI yang didaftarkan dengan JPJ dalam tempoh program tersebut bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019. Di samping itu, Program ini turut ditawarkan kepada pelanggan pakej gerombongan (fleet packages), kenderaan dikecualikan duti serta Program Kepulangan Pakar (REP). Kunjungi wakil pengedar MINI yang bertauliah untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply