ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Proton kini sedang berusaha atasi isu selepas jualan dengan segera

Berita Tempatan

Views

Kecoh di laman Facebook rasmi kami sejak malam tadi berikutan timbul lagi isu berhubung dengan mutu khidmat selepas jualan Proton. Namun ada sedikit perkhabaran gembira buat pengguna yang terkesan kerana kami diberitahu Proton kini sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengatasi masalah tersebut secepat yang mungkin.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Kami difahamkan pihak Proton sebenarnya ada memantau komen-komen dan maklum balas pengguna di media sosial. Segala masalah yang dibangkitkan telah dipanjangkan kepada satu pasukan khas dalaman yang akan memantau ketersediaan alat ganti serta sentiasa berhubung dengan pembekal (vendor) sekiranya tiada stok.

Masalah pokok dalam isu ini adalah pihak Proton masih lagi dalam proses berkomunikasi dengan setiap pengguna terjejas secara kerap bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Sumber dalaman kami memberitahu, kes yang kami siarkan semalam telah mendapat perhatian dan alat ganti yang diperlukan telah pun dihantar ke cawangan pengedar.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Dalam perkembangan berasingan, sumber kami turut memaklumkan penangguhan pelancaran X50 yang disiarkan semalam tidak disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Sebenarnya ia terpaksa ditunda kerana Perdana Menteri masih dalam tempoh kuarantin dan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia akan tetap diteruskan mengikut tarikh baharu.

Katanya lagi, kakitangan di unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam yang kini dalam tempoh kuarantin tidak akan menjejaskan pengeluaran model tersebut di Tanjung Malim. Pada ketika ini, Proton sedang giat menyiapkan sebanyak mungkin unit X50 bagi mengurangkan tempoh menunggu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit FaQimi Resources Bahagian Pemasaran

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply