ARKIB

KATEGORI

Info

COVID-19 : Kluster Auto ada kaitan dengan Proton? Pelancaran X50 sah ditunda!

Info

Views

Semasa sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengenai perkembangan terkini situasi COVID-19 di Malaysia, ada satu kluster baharu telah dikenalpasti iaitu Kluster Auto dan seramai 5 individu telah sah dijangkiti oleh wabak tersebut.

Kini timbul desas-desus mengatakan yang kluster tersebut ada hubung kait dengan apa yang berlaku di Proton. Baru-baru ini Proton telah mengumumkan yang salah seorang pekerja yang bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 pada 14 Oktober lalu.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Menurut maklumat yang diperolehi oleh rakan media di Careta.my, pihaknya telah diberitahu bahawa semua kakitangan dan pelawat yang pernah berurusan dengan unit R&D telah dikenalpasti dan diminta untuk melakukan ujian saringan (swab test).

Selain itu, kakitangan dari Shah Alam juga tidak dibenarkan melawat kilang operasi Proton di Tanjung Malim dan sebaliknya. Semua mesyuarat dan latihan buat masa ini akan dilakukan secara dalam talian, kecuali latihan produk yang dilakukan secara bersemuka dan perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut info dari ejen Mat Bond, operasi unit R&D telah dihentikan buat sementara waktu dan pekerja yang terlibat perlu bekerja dari rumah. Namun ia tidak melibatkan kawasan yang lain termasuk kilang di Shah Alam yang bakal menggunakan sistem bekerja secara penggiliran sebagai langkah berjaga-jaga.

Kilang pengeluaran akan tetap beroperasi seperti biasa namun dengan SOP yang lebih ketat dan sanitasi yang lebih kerap. Apa yang pasti pelancaran model X50 telah pun ditunda ke suatu tarikh baharu kelak sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Kami doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan mereka yang dijangkiti wabak ini pulih dengan segera, in sha Allah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply