Proton telah melancarkan pakej servis prabayar baharu yang boleh dibeli oleh pelanggan bagi kereta Proton baharu dan sedia ada mereka.
Pelan ProCare Smart (PSP) diperkenalkan untuk model Saga, X90, dan X70 2025, dengan penjimatan sehingga RM670, tertakluk pada model.
Pembeli kereta baharu boleh memilih pakej tiga atau lima tahun untuk membantu mengehadkan kos penyelenggaraan pemilikan kenderaan.
Mereka juga diberi jaminan tambahan bahawa kenderaan mereka akan diselenggara di rangkaian pengedar 3S/4S Proton oleh juruteknik terlatih, menggunakan alat ganti Proton yang tulen sahaja.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Sebagai manfaat tambahan, para pembeli boleh mengurangkan kos penyelenggaraan kerana mereka akan menikmati penjimatan sehingga 15 peratus berbanding pakej servis biasa.
Sekiranya kenderaan dijual dengan baki PSP yang masih belum tamat, ia boleh dipindah kepada pemilik baharu selagi ia masih dalam tempoh yang sah.
Pemilik semasa yang membeli kenderaan mereka tanpa pakej PSP juga akan ditawarkan pakej servis prabayar yang sama.
Walaubagaimanapun, pakej ini akan dihadkan kepada selang masa dua tahun, dengan penjimatan sehingga RM 350, tertakluk pada model.
Buat masa ini pakej PSP terhad kepada tiga model yang disebutkan, namun terdapat perancangan untuk meluaskannya kepada semua model Proton pada masa depan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu, Proton juga akan menawarkan pilihan pembiayaan untuk pemilik sekiranya mereka ingin mendaftar untuk pakej PSP selepas membeli kereta mereka.
Pelan Pembayaran Tetap (FPP) tersedia melalui kad kredit Affin Avance Proton sehingga 24 bulan. Pelanggan juga boleh mendapatkan pelan pembayaran ansuran melalui Direct Lending dengan tempoh pembayaran bulanan sehingga 12 bulan.
Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan, Proton Edar, Edmund Lim berkata, pakej ini menggabungkan perkhidmatan selepas jualan yang terkemuka di outlet-outlet Proton dengan jaminan kepada pelanggan, yang mengetahui bahawa kos penyelenggaraan berkala untuk kenderaan mereka dihadkan kepada tiga atau lima tahun akan datang.
Tambah beliau, ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan bajet yang lebih baik, tetapi juga membantu meningkatkan nilai kenderaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI