ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo EX30 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, pendaftaran minat dibuka

Berita Tempatan

Views

Volvo Cars bakal melancarkan SUV elektrik penuh, Volvo EX30  di Malaysia tidak lama lagi. Mereka yang berminat boleh mendaftar sekarang menerusi PAUTAN INI untuk menjadi yang pertama untuk mendapatkan maklumat terkini.

Volvo EX30 dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem bantuan parkir baharu, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Sebagai kenderaan elektrik yang premium dan mewah, Volvo EX30 telah direka dan diuji dengan perhatian penuh kepada setiap perincian dan diinspirasikan oleh setiap saat yang berharga, daripada pembuatan kereta hingga ke pemanduan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Reka bentuknya menjadikanya pilihan yang sesuai untuk penggunaan bandar dan ianya juga dilengkapi dengan ruang simpanan pintar.

Volvo EX30 juga menampilkan ciri teknologi keselamatan aktif baharu untuk memastikan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain selamat.

Pelepasan CO2 untuk Volvo EX30 juga dipotong sebanyak 75 peratus berbanding model elektrik sedia ada Volvo dengan pengunaan bahan yang dikitar semula dan mampan yang tinggi.

Volvo EX30 telah memenangi lebih daripada 20 anugerah di peringkat antarabangsa, memenangi Anugerah Reka Bentuk Kereta 2024 yang berprestij oleh majalah Auto & Design, dinamakan Kereta Bandar Dunia 2024 di Anugerah Kereta Dunia, dan menerima Reka Bentuk Produk Terbaik Terbaik 2024 yang berprestij di Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Sejak pelancaranya, Volvo EX30 menyerlah sebagai kereta yang sangat popular di kalangan pelanggan Volvo. Volvo Cars menjangkakan ia menjadi salah satu model terlaris tahun ini, dengan hampir 48,000 kereta dijual di peringkat antarabangsa pada separuh pertama 2024.

Menurut ketua pegawai eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan, Volvo EX30 mewakili nilai-nilai reka bentuk Volvo Cars dan merupakan contoh reka bentuk Scandinavia premium di mana bentuk menginspirasikan fungsi.

Tambah beliau, ia dilengkapi dengan teknologi canggih dan sesuai dengan pasaran hari ini di mana pembeli kereta beralih kepada kereta elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Volvo EX30

Volvo EX30 Cross Country

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply