ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Saga 2022 (MC2) yang dikemaskini – Harga bermula dari RM34,400

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini secara rasminya melancarkan model sedan Saga 2022 (MC2) yang dikemaskini dengan beberapa ciri baharu. Empat pilihan varian ditawarkan bermula dari 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu, 1.3L Premium S AT.

Saga 2022 didatangkan dengan lima pilihan warna, antaranya Snow White (kecuali varian 1.3L Premium S AT), Armour SilverJet GreyRosewood Maroon (kecuali varian 1.3L Premium S AT) dan Ruby Red (kecuali varian 1.3L Standard MT dan AT).

Masih mengekalkan enjin serta transmisi sedia ada, Saga 2022 tampil lebih segar dengan skirt depan dan sisi baharu, roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED.

Ruang dalaman, varian Premium S baharu menampilkan skema warna gelap yang sporty, tempat duduk separa kulit yang direka bentuk semula untuk sentuhan keanggunan, dan alas kaki dengan kemasan merah di tepi yang baharu.

Sterengnya juga dibaluti dengan kemasan kulit dan pula boleh dilaraskan sudut kecondongan. Bukan itu sahaja, kemasan merah turut menghiasi butang suis  pada stereng.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ini ditambah dengan sentuhan warna merah pada gegelang panel meter dan corong pendingin hawa, manakala suis kawalan iklim telah digayakan semula dan dipasang dengan penapis kabin N95.

Selain itu, antara ciri-ciri baharu Saga 2022 adalah kemasukan tanpa kunci, cermin sisi auto lipat, butang penghidup enjin dan pembuka but kawalan jauh.

Unit infohibur dengan skrin sentuh 7-inci mempunyai perisian operasi terkini dan Bluetooth 4.2 untuk sambungan nirwayar (wireless) yang lebih baik. Ia juga boleh dipadankan dengan Android dan juga telefon pintar iOS.

Suis pada stereng membolehkan akses mudah untuk menukar tetapan audio dan menjawab panggilan semasa pemanduan manakala tiga port USB yang berdekatan juga memudahkan pengecasan peranti elektronik.

Ciri peringatan mesra pula akan muncul pada monitor sebaik sahaja enjin dimatikan, bagi memastikan pemilik menyemak sekiranya pemandu sudah mengambil semua barangan dan tidak meninggalkan anak mereka.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari aspek keselamatan, Saga 2022 dilengkapi dengan dua beg udara SRS (standard bagi semua varian) serta Brek-Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan juga Bantuan Mula Mendaki (HHA).

Akhir sekali, kamera undur yang dipasangkan dengan penderia tempat letak kereta hadapan dan belakang memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan di ruang yang sempit.

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan mengikut varian (harga atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian SST sehingga 30 Jun 2022):

Varian Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
Proton Saga 1.3L Standard MT RM34,400 RM36,400
Proton Saga 1.3L Standard AT RM38,300 RM40,300
Proton Saga 1.3L Premium AT RM41,300 RM43,300
Proton Saga 1.3L Premium S AT RM44,300 RM46,300

Saga 2022 turut didatangkan dengan waranti selama 5-tahun atau 150,000 km, termasuk tiga (3) kali upah servis percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply