ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S50 (SS11) bakal dilancar pada November ini – Dr Li Chunrong

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, teka-teki bilakah model sedan terbaharu Proton, iaitu S50 (SS11) akan dilancarkan secara rasmi sudah pun terjawab.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, model sedan segmen-B yang digembar-gemburkan sebagai pengganti Prevé itu bakal dilancarkan secara rasmi dalam tempoh dua bulan lagi atau November ini.

Perkara telah didedahkan oleh beliau semasa majlis penyerahan kraf kebudayaan Malaysia kepada atlet Malaysia sempena dengan Hangzhou Asian Games Museum 2023, siang tadi.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai model tersebut. S50 dijangka berentap dengan model sedan dalam segmen-C seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jika anda masih ingat, dalam artikel terdahulu ejen perisik tersohor kami iaitu Mat Bond pernah mengatakan yang model S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian.

Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

Buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem ADAS yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya. Fasa pengeluaran besar-besaran S50 (SS11) pula dijangka bermula sekitar bulan Oktober nanti. – Paultan.org

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle via MotaAuto

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply