ARKIB

KATEGORI

Tular

Yang pergi pukul bomba tu kenapa?

Tular

Views

Sejak petang tadi tular satu video yang memaparkan kejadian seorang lelaki yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota bomba yang melarangnya untuk menghampiri sebuah kereta yang terbakar. Berita Harian melaporkan, kejadian tersebut berlaku di Balakong semasa sepasukan anggota bomba yang berada di lokasi kajadian bagi operasi pemadaman kebakaran sebuah kereta akibat kemalangan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi. Tambah beliau, sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Anggota bomba telah membuat pemadaman menggunakan air tangki pam jentera sehingga ia dipadam kansepenuhnya. Kereta itu musnah terbakar 70 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Norazam berkata, ketika operasi itu, seorang lelaki dipercayai pemilik kereta terbabit bertindak agresif terhadap anggota yang cuba menghalang dia mendekati kereta.

Tambah beliau, lelaki itu secara tiba-tiba mengamuk dan memukul anggota yang bertugas dan pihaknya tidak pasti mengapa dia bertindak sedemikian. Katanya, ada kemungkinan kereta terbakar itu adalah miliknya dan bomba turut menemui parang di dalam kereta berkenaan. Susulan kejadian itu, kes terbabit dan suspek itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply