ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X70 2022 (MC1) – Lima varian, dua pilihan enjin, harga dari RM 93,900

Berita Tempatan

Views
2022 PROTON X70 (Product Video)

Seperti yang dijanjikan, hari ini Proton secara rasminya memperkenalkan X70 2022 (MC1) yang telah diberi beberapa penambahbaikan. Lima varian ditawarkan, dengan harga bermula dari RM 93,900 dengan pilihan warna Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey.

Berikut adalah pecahan varian dan harga (*sah sehingga 30 Jun 2022 termasuk pengecualian cukai jualan):

  • Proton X70 1.5 Standard 2WD – RM 93,900*
  • Proton X70 1.5 Executive 2WD – RM 105,500*
  • Proton X70 1.5 Executive AWD – RM 111,300*
  • Proton X70 1.5 Premium 2WD – RM 117,900*
  • Proton X70 1.8 Premium 2WD – RM 121,800*

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dua pilihan enjin ditawarkan, tiga varian dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.5 liter TGDi manakala enjin 4-silinder 1.8 liter TGDi masih dikekalkan tetapi hanya ditawarkan untuk varian 1.8 Premium 2WD sahaja. Enjin 1.5 liter TGDi merupakan unit sama yang digunakan pada Proton X50.

Kedua-dua pilihan enjin tersebut digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT). Dari segi penampilan, X70 2022 (MC1) tidak banyak berubah secara visual memandangkan ia hanyalah proses Minor Change (MC) sahaja.

Yang berubah hanyalah kemasan hitam berkilat pada bahagian jeriji Inifinite Weavenya, kemasan lampu kabus, cermin sisi. palang belakang dan diffuser yang turut menggunakan rona hitam. Paling ketara adalah rekaan rim bersaiz 18-inci rekaan baharu dan rim 19-inci yang berkongsi rekaan rim Proton X70 SE.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ruang kabin X70 2022 (MC1) juga masih sama, cuma kemasan bumbungnya kini berwarna hitam selain masih mengekalkan kemasan kulit Nappa untuk varian 1.8 Premium 2WD.

Model ini didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan PROTON Link, sembilan pembesar suara dan subwoofer serta enam port USB.

Dari aspek keselamatan X70 2022 (MC1) dilengkapi dengan enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu  Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D. SUV ini telah menerima penarafan 5-bintang dari ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply