ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tingkatkan keyakinan vendor, percepat pembangunan kenderaan generasi akan datang

Berita Global

Views

Proton telah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan dua agensi kerajaan untuk membawa pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Proton untuk menghadiri “Program Akses Pasaran, Pemindahan Teknologi & Peningkatan Vendor” di China, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk memupuk inovasi, meningkatkan aktiviti, dan menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti yang mampan.

Dianjurkan oleh KUSKOP dan diketuai oleh Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) serta Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), program tersebut telah diadakan pada awal Julai untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan generasi akan datang dan kenderaan elektrik berkuasa bateri melalui perkongsian strategik dan pertukaran teknologi.

Wakil dari MBSB Bank, Tenaga Nasional Bhd, PLUS Expressways Bhd, UEM Edgenta Bhd, Telekom Malaysia termasuk 22 vendor Malaysia telah dibawa untuk melawat kilang komponen kenderaan elektrik (EV), seperti kilang dan stesen pengecas, pengeluar bateri dan pengecas di tujuh lokasi di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Hangzhou.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Antara lokasi yang dilawati termasuklah anak syarikat Geely, iaitu Zeekr dan pengeluar bateri serta pengecas EV, VREMT di Teluk Hangzhou.

Sebagai peneraju global dalam bidang EV, ekosistem menyeluruh China untuk pembangunan EV, menjadikan program ini sangat penting dengan memberikan pandangan mendalam mengenai pembuatan, kemudahan dan perkhidmatan dalam industri EV.

Semasa sesi padanan perniagaan diadakan di Pusat Penyelidikan Geely (GRI) di Teluk Hangzhou dalam program tersebut, tinjauan mendapati 87 peratus pembekal berhasrat bekerjasama dengan pembekal China untuk memudahkan interaksi antara pembekal Proton dan pembekal EV Geely.

95 peratus peserta berpuas hati dengan sesi yang membantu mengenal pasti potensi perkongsian dan kerjasama untuk rantaian bekalan komponen EV.

Dalam kalangan kesemua peserta, 87 peratus pembekal tempatan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pembekal China.

Lima kategori perkongsian utama dipilih adalah pengedaran, kerjasama dalam pemindahan teknologi, rakan usaha sama, kerjasama dalam pembangunan kemahiran, dan pelaburan untuk perniagaan bersama.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz berkata, program ini menandakan satu pencapaian penting dalam memajukan keupayaan automotif Malaysia.

Perkongsian dan pertukaran teknologi semasa lawatan ini penting untuk mengukuhkan rantaian bekalan tempatan kita, terutamanya dalam komponen kenderaan elektrik.

Usaha ini juga menyokong Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang akan menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam industri EV di rantau ini. Menurut KUSKOP, kerajaan komited untuk memajukan kenderaan elektrik (EV) dan teknologi hijau.

Peningkatan kerjasama dan perkongsian bertujuan untuk membina infrastruktur penting dan menyokong ekosistem EV yang mampan melalui pemindahan teknologi.

Dengan membangunkan rantaian bekalan tempatan, Malaysia berharap dapat mengurangkan kebergantungan kepada import, mencipta pekerjaan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply