ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tayang model dan konsep reka bentuk baharu kepada wakil persatuan vendor dan pengedar

Berita Global

Views

Pada bulan Jun lalu, Proton telah memperkenalkan model dan konsep reka bentuk yang akan datang untuk mendapatkan lebih banyak pandangan mengenai kerja pembangunan yang dilakukan oleh pasukan reka bentuk dalam memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global.

Acara tayangan tertutup yang telah diadakan semasa lawatan berasingan ke China itu telah disaksikan oleh wakil dari Persatuan Vendor Proton (PVA) dan Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA).

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, bersama pengurusan tertinggi Proton  ini bertujuan untuk membangkitkan rasa teruja dan menyemai keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan industri automotif, dengan tumpuan kepada vendor dan pengedar.

Menurut Presiden Persatuan Vendor Proton, Thomas Lim, pengalaman ini telah memberikan vendor dan pengedar pandangan berharga tentang dinamik pasaran automotif global serta mengukuhkan kepimpinan Proton dalam menyediakan kenderaan canggih yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan pengguna.

Beberapa teknologi keselamatan dan ruang dalaman mewah dalam model tersebut jauh melebihi segmen pasaran yang ditetapkan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Tambah beliau, dengan permintaan yang kukuh untuk kenderaan teknologi canggih pada harga yang kompetitif, semua model tersebut dijangka memberi impak yang ketara kepada pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong pula berkata, lawatan-lawatan terkini Proton telah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap inovasi produk dan pendekatan strategik dalam memperkenalkan model baharu di peringkat tempatan dan global.

Ini menekankan keperluan untuk kerjasama yang lebih erat dan pertukaran teknologi bagi memastikan daya tahan jangka panjang sektor automotif di Malaysia serta mempercepat kemajuan ke arah matlamat yang bercita-cita tinggi ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply