Akaun Facebook rasmi Proton Cars menerusi satu hantaran siang tadi mengumumkan tarikh pelancaran Proton X70 2025, iaitu pada 15 Ogos 2024 (Khamis minggu hadapan).
Tempahan pra-pelancaran untuk model yang dipertingkatkan itu telah pun dibuka sejak 1 Ogos lalu dengan bayaran deposit RM500.
SUV pertama Proton ini bakal menampilkan bahagian luar yang diperbaharui, serta prestasi yang lebih baik. Buat julung kalinya dalam barisan model Proton, ia dilengkapi dengan ketersambungan Android Auto dan juga AppleCarplay.
Berikut adalah info ringkas mengenai Proton X70 2025:
Model SUV segmen C ini ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu:
- Standard
- Executive
- Premium
- Premium X (dengan bumbung suria panaromik)
Lima pilihan warna menarik ditawarkan, iaitu:
- Snow White
- Armour Silver
- Jet Grey
- Ruby Red
- Marine Blue (warna baharu)
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Enjin dan transmisi
X70 2025 masih mengekalkan enjin 1.5-liter TGDI tiga silinder yang menghasilkan 177 PS pada 5,500 rpm dan 255 Nm daya kilas dari 1,500 hingga 4,000 rpm.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT). Apa yang menarik, penggunaan bahan apinya kini mencatatkan bacaan 7.3 liter/100 km, atau 4 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya!
Reka bentuk luaran dan dalam yang diperbaharui
Rekaan hadapan X70 2025 tampil dengan jeriji, lampu serta bampar rekaan baharu. Ia turut membawa identiti rekaan terkini Proton seperti bingkai jeriji berbentuk busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave dengan reka corak bermotifkan songket kemasan krom.
Jeriji baharu ini diapit dengan sepasang lampu LED baharu yang lebih nipis, manakala hudnya juga lebih elegan dengan dua garisan timbul di tengah, persis kereta mewah. Di belakang, hanya bahagian bampar sahaja yang berubah dan menerima rekaan yang sedikit berbeza berbanding kembarnya, iaitu Geely Boyue facelift 2022.
X70 2025 juga mendapat tiga saiz rim berbeza dan dua rekaan rim aloi serba baharu, saiz 18-inci untuk varian Executive dan 19- inci untuk varian Premium dan Premium X. Untuk varian Standard, ia masih menggunakan rim rekaan sedia ada bersaiz 17-inci.
Di bahagian dalam, ada perubahan yang dibuat pada papan pemuka dengan menampilkan stereng rekaan empat jejari baharu (rata di bahagian bawah), kemasan berwarna hitam piano dan lampu suasana berirama dengan 72-warna, dan unit inforia dengan skrin bersaiz 12.3-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Bukan itu sahaja, ia menerima rekaan grafik antara muka baharu pada paparan panel meter digital LCDnya dan kemasan upholsteri kulit Nappa berwarna Kelabu Batu (Stone Grey).
Ciri menarik
Ia kini tampil dengan ciri mengunci kenderaan sambil beredar atau Walk Away Auto Lock, manakala pintu but belakang kini dilengkapi fungsi membuka pintu automatik dari jarak dekat (bebas tangan) atau Nearby Auto Open.
Apa pembaharuan yang anda takkan nampak pada X70 2025?
Model X70 2025 ‘bukan sekadar kosmetik’ kerana beberapa penambahbaikan turut dibuat pada aspek mekanikal. Ia kini mengandungi 360 bahagian baharu dan telah menjalani proses R&D selama 290,000 jam dengan jarak pemanduan sejauh 4.2 juta kilometer!
Aspek keselamatan
Dari segi keselamatan, X70 yang dipertingkatkan ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) Tahap 2 untuk varian Premium dan Premium X yang merangkumi beberapa ciri baharu, antaranya:
- Kawalan Jelajah Adaptif dengan Henti/Gerak,
- Kawalan Jelajah Pintar
- Amaran Terkeluar Lorong
- Pencegahan Terkeluar Lorong
- Kawalan Tengah Lorong
- Maklumat Papan Tanda Trafik
- Amaran Perlanggaran Belakang
- Amaran Lintasan Trafik Di Belakang
Harga dan butiran lanjut mengenai model ini hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti. Tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton Cars
Foto rasmi Proton X70 2025
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI