ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video lumba haram tular – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang memaparkan dua buah kereta mewah jenis Mercedes-Benz yang dikatakan terlibat dalam aktiviti lumba haram. Menurut Berita Harian, susulan dari penularan video tersebut, tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata wanita berusia 30-an ditahan di rumahnya, manakala dua lelaki berusia 30-an ditahan selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Abdul Rahim berkata, kesemua mereka yang bekerja sendiri ditahan antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi. Polis turut menahan kedua-dua kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Abdul Rahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba atau menunjuk jaguh sehingga menyusahkan orang lain. Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang tanpa kompromi.

Terdahulu, tular video berdurasi 2.28 saat memaparkan dua kereta jenis Mercedes Benz berwarna kuning terbabit dengan perlumbaan haram sehingga menganggu lalu lintas di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor. Difahamkan salah seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply