ARKIB

KATEGORI

Info

Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Info risik

Views

Menjelang pra-pelancaran Proton X50 pada hari Selasa minggu depan (15 September 2020), kami mendapat beberapa lagi maklumat terbaharu mengenai model tersebut. Siang tadi secara Proton telah menyiarkan beberapa foto rasminya dan ia menjadi topik ‘membawang hangat’ di media sosial.

Jika dalam artikel terdahulu kami mengatakan Proton akan menawarkan tiga pilihan varian yang terdiri dari varian Standard, Executive dan Premium, sebenarnya ada satu lagi varian yang paling tinggi iaitu Flagship.

Berikut adalah perinciaan setiap varian mengikut turutan:

Varian Standard – (Spesifikasi asas)

  • Enjin petrol 1.5 liter TDI
  • Transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod penukaran gear secara manual
  • Rim aloi 17 inci
  • Lampu depan jenis halogen dengan lampu siang LED (DRL)
  • Kemasan tempat duduk jenis fabrik
  • Unit infohiburan bersaiz 10.1 inci
  • Kamera pandang belakang
  • Corong pendingin hawa bahagian belakang
  • Sistem penapis udara
  • Talaan Pemanduan dan Pengendalian dari Proton (Proton Ride and Handling)

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Varian Executive – (Tambahan kepada varian Standard)

  • Rim aloi 18 inci
  • Lampu depan jenis LED dengan lampu siang LED (DRL)
  • Kemasan tempat duduk kulit
  • Power seat untuk bahagian pemandu
  • Kamera 360 darjah
  • Paparan kelompok instrumen digital
  • Lampu kabus

Varian Premium – (Tambahan kepada varian Executive)

  • Sistem bantuan pemandu (ADAS) versi 2.0 (lebih canggih daripada X70)
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Bumbung suria panorama
  • Warna badan dwitona

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Varian Flagship – (Tambahan kepada varian Premium)

  • Pemanduan autonomi tahap dua (Level2)
  • Bantuan arkir automatik
  • Pakej kit badan Sport

Mengikut maklumat yang kami terima, jangkaan julat harga model ini bermula dari RM70K (varian Standard) hingga ke RM90K (Flagship). Enam pilihan warna boleh dipilih termasuk enam pilihan warna iaitu Snow WhiteJet GreySilverOcean BluePassion Red dan Citrus Orange serta kombinasi warna dwitona (seperti foto di bawah).

Ada ura-ura mengatakan yang enjin petrol 1.5 liter TDI model ini akan mempunyai dua talaan kuasa yang berbeza iaitu 148 kuasa kuda dengan 226Nm daya kilas dan juga 175 kuasa kuda dengan 255Nm daya kilas. Apa pun kita nantikan maklumat selanjutnya yang mungkin akan diumumkan pada hari pra-pelancaran, Selasa depan. Dikhabarkan pelancaran rasmi model ini bakal berlangsung pada awal bulan Oktober.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply