ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak dan merasa gulai Patin, geng konvoi Y Suku ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Keghairahan sekumpulan lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika berkonvoi dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin di Temerloh mengundang padah apabila ditahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan siang tadi.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Menurut Sinar Harian, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 11.15 pagi ketika sedang melakukan tunggangan dengan laju dan berbahaya seperti zig-zag dan menundukkan badan.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Ujar beliau, aksi sembilan lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)105 sehingga KM115. Tambahnya, mereka dikatakan dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan. Katanya, polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y15ZR. Tegasnya lagi, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply