ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 ‘sudah tiba’ di Bangladesh

Berita Global

Views

Selepas Mauritus, Bangladesh menjadi destinasi seterusnya untuk Proton X50. Pada 12 Mac lalu, PHP Automobiles Limited secara rasminya melancarkan Proton X50 ke pasaran negara berkenaan dalam satu majlis yang diadakan secara besar-besaran.

Majlis pelancaran tersebut telah dilangsungkan di kilang pengeluaran milik syarikat itu yang terletak di Chattogram.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pelancaran Proton X50 telah disempurnakan oleh pengasas dan pengerusi syarikat, Alhaj Sufi Mohammed Mizanur Rahman.

Menurut laman Facebook Auto Rebellion, Proton X50 1.5L Flagship dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 226Nm daya kilas.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT). Selain itu, Proton X50 untuk pasaran Bangladesh turut dilengkapi dengan brek parkir elektronik, rim aloi dengan saiz 17-inci dan unit infohibur bersama paparan bersaiz 8-inci.

Proton Bangladesh turut menawarkan jaminan selama 5-tahun dan 5 kali servis percuma kepada para pemilik X50 di negara itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Bangladesh, PHP Automobiles Limited dan PWedding Bird

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply