ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?

Info

Views

Ini mungkin berita gembira buat mereka yang sedang ternanti-nanti model SUV kompak Proton X50. Jika merujuk kepada foto slaid yang memaparkan Perancangan Pengeluaran Keseluruhan Proton dari bulan Februari 2020 hingga Jun 2020 (Domestik dan Eksport), kita boleh melihat model X50 (SX11) bakal memulakan ujian pemasangan bermula bulan Mei 2020.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Foto tersebut telah dikongsikan oleh rakan kami Anuar Khairudin menerusi akaun Facebook. Hanya 90 unit sebulan akan dikeluarkan untuk bulan Mei dan Jun 2020. Menurut risikan Mat Bond, pengeluaran X50 dijangka bakal bermula sekitar bulan Julai atau Ogos dan kami meramalkan pelancarannya mungkin dibuat sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

X50 akan menjadi model kedua Proton yang dipasang di kilang PTMSB-2 selepas X70 2020 (CKD) yang bakal dilancarkan pada 12 Februari nanti. Selain X50, model Saga MC versi pemanduan kiri (LHD) akan turut mula dipasang di kilang MVF, Shah Alam bermula bulan Mac 2020. Menurut info, model ini dijangka dieksport ke negara Mesir atau Chile.

Nantikan info terbaharu dari kami dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif