ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 2020 (CKD) bakal dilancarkan pada 12 Februari 2020?

Berita Tempatan

Views

Sejak malam tadi berlegar di media sosial foto kad jemputan ke majlis pelancaran Proton X70 2020 pemasangan tempatan (CKD) yang bakal dilangsungkan pada 12 Februari 2020 di Bilik Pameran Kristal, Pusat Kecemerlangan Proton (COE). Mengikut atur cara, majlis akan berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, dan pelancaran model tersebut akan bermula jam 3.35 petang.

X70 2020 (CKD) sah akan menggunakan enjin 1.8 liter TGDi dengan penalaan baharu yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) yang menggunakan klac basah. Kombinasi enjin dan transmisi ini nanti dikatakan mampu menghasilkan 181 kuasa kuda (sama seperti sebelumnya) namun daya kilasnya meningkat kepada 300 Nm (hanya 285Nm pada model CBU).

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Bukan sekadar daya kilas semakin meningkat, penggunaan bahan bakar juga lebih cekap, sekitar 7.8 liter per 100km ke 7.5 liter per 100km untuk model pacuan roda hadapan (FWD). Apa yang menarik, menurut rakan media kami di Pandulaju.com.my yang menyertai rombongan media ke China pertengahan bulan lalu, transmisi ini mempunyai jangka hayat penggunaan 350,000km dan ia telah diuji lebih 9 juta kilometer.

Sekiranya bakal pemilik model ini masih lagi was-was dengan ketahanan transmisi 7-DCT, Proton dijangka bakal menawarkan waranti selama 5 tahun untuk kotak gear ini tanpa had perbatuan. X70 2020 juga akan dilengkapi dengan Power Tailgate System untuk varian Executive dan Premium.

Apa yang membezakannya adalah untuk varian Premium ia akan mempunyai ciri sensor kaki, anda cuma julurkan kaki ke bawah sensor dan pintu belakang akan terbuka secara automatik. Selain itu ia juga boleh dibuka dengan menekan butang pada papan pemuka atau pada kunci (secara kawalan jauh).



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Satu lagi ciri menarik X70 2020 untuk varian Executive dan Premium adalah Sistem Pengudaraan Tempat Duduk yang memperbaiki peredaran udara antara badan manusia dan permukaan. Sistem ini membantu mengeringkan peluh dan membuatkan pemandu/penumpang lebih selesa.

Dari segi reka bentuk, X70 CKD tidak banyak perubahan, hanya terhad kepada penukaran logo dan juga bentuk tombol gear. Dua warna luaran baharu bakal ditawarkan dan salah satunya adalah Ruby Red. Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond telah mendedahkan, model yang dipasang di Tanjung Malim itu nanti bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian.

Berikut adalah varian yang bakal ditawarkan pada model Proton X70 CKD:

  • Varian Standard – 1.8 liter TGDi – 2WD
  • Varian Executive – 1.8 liter TGDi – 2WD
  • Varian Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria)
  • Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif