ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50, X70 dan Exora terajui segmen masing-masing pada 2022

Berita Tempatan

Views

Jualan untuk lima daripada enam model Proton telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2022 dengan tiga model mengakhiri tahun 2022 sebagai peneraju segmen.

Model X50 terus menjadi SUV terlaris di Malaysia dengan jualan 3,764 unit di bulan Disember, ia mengakhiri tahun 2022 dengan rekod jualan tahunan SUV baharu sebanyak 40,681 unit.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 41.4 peratus berbanding tahun 2021 dan menjadikan SUV segmen-B ini model kedua paling laris dalam barisan model keluaran Proton.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

X70 mengukuhkan lagi kedudukan Proton sebagai jenama SUV paling popular meskipun menghadapi cabaran kuat daripada pesaing baharu.

Sebanyak 1,787 unit telah terjual pada bulan Disember dengan angka keseluruhan 18,533 unit, meningkat sebanyak 13.1 peratus berbanding 2021, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai penaraju SUV segmen-C selama empat tahun berturut-turut.

Model peneraju segmen yang ketiga ialah Exora dengan jualan sebanyak 4,275 unit pada tahun 2022, meningkat sebanyak 5.9 peratus berbanding tahun 2021.

Setelah melalui kemas kini kecil pada bulan Ogos, ia terus mendapat sambutan daripada pembeli yang mencari ruang yang luas dengan ciri-ciri pintar, pemanduan dinamik terkemuka di samping penawaran harga yang luar biasa.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Saga terus mengekalkan reputasinya sebagai model terlaris dalam rangkaian kereta Proton dengan jumlah  jualan keseluruhan sebanyak 55,878 unit. Ia meningkat sebanyak 31.1 peratus berbanding tahun 2021, seterusnya berada pada posisi kedua dalam kategori sedan segmen-A.

Pada bulan Disember sebanyak 5,913 unit Saga telah berjaya dijual. Meskipun menghadapi persaingan sengit dan isu bekalan cip yang menjejaskan bilangan pengeluarannya, model Persona tetap berjaya mencatatkan kemajuan positif.

Sebanyak 2,322 unit telah dijual pada bulan Disember, manakala jumlah  jualan keseluruhannya pula adalah sebanyak 16,357 unit. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus dan berada di tempat ketiga dalam kategori sedan segmen-B.

Model hatchback kompak Iriz pula terus dibelenggu isu bekalan pengeluaran dan telah mengalami kemerosotan jualan sebanyak 14.9 peratus pada tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply