ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 141,432 unit kenderaan pada tahun 2022, bakal lancar model baharu tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton menutup tirai tahun 2022 dengan menjual sebanyak 141,432 unit kenderaan (domestik dan eksport) setelah mencatatkan 14,750 unit dalam bulan Disember. Bulan Disember juga mencatatkan jualan bulanan yang keempat terbaik untuk tahun tersebut.

Berbanding tahun sebelumnya, jumlah jualan telah meningkat sebanyak 23.3 peratus meskipun menghadapi kesukaran pada awal tahun apabila pembekalan alat ganti terjejas akibat banjir, dan kekurangan cip secara global.

Ini telah menyebabkan penurunan jumlah jualan untuk empat bulan pertama. Jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa pula meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1 peratus dan membolehkan mereka mengakhiri tahun 2022 sebagai pengeksport utama industri.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Secara keseluruhan, Proton telah mengekalkan kedudukannya di tangga kedua di dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus, manakala Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pula dianggarkan melebihi 720,000 unit.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, untuk tahun 2023 pihaknya yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan dengan penambahan rangkaian tawaran serta pelancaran model baharu.

Walau bagaimanapun, pihaknya menjangkakan TIV akan menyusut daripada jumlah rekod tahun 2022 kerana penghantaran pesanan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan akan dipenuhi pada akhir bulan Mac.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kadar faedah juga dijangka meningkat lagi pada tahun ini akan menjadikan sukar bagi industri automotif untuk terus meningkatkan jualan.

Jualan eksport Proton dilihat terus berkembang tahun lalu sebanyak 79.1 peratus dengan jumlah sebanyak 5,406 unit. Ia dirangsang oleh peningkatan yang konsisten dalam industri perkapalan serta pertumbuhan dalam pasaran utama seperti Pakistan, selain kemasukan semula jenama itu ke Afrika Selatan.

Model sedan Saga terus menjadi model eksport paling popular dengan 2,408 unit terjual tahun lalu. Ia merupakan peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebanyak 1,708 unit X70 telah dijual di pasaran eksport, peningkatan sebanyak 101 peratus manakala jualan eksport X50 mencatatkan 1,117 unit, melonjak sebanyak 277 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply