ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 dipilih sebagai kereta rasmi APEC 2020

Berita Tempatan

Views

SUV segmen C premium paling popular di Malaysia iaitu Proton X70, telah dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 atau MyAPEC 2020. Model ini bakal digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

APEC terdiri daripada 21 ekonomi yang akan melawat Malaysia sepanjang 2020 di mana Jawatankuasa Kerja akan membincangkan pelbagai isu ke arah integrasi dalam ekonomi serantau. Perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka juga dipertingkat dengan menangani isu-isu mengenai penerimaan digitalisasi, meningkatkan usaha pembangunan sumber manusia, memperkasakan wanita dan lain-lain lagi.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Proton adalah simbol pengindustrian Malaysia di mana terdapat peralihan dari ekonomi berasaskan sumber semula jadi kepada ekonomi pembuatan dan pengetahuan. X70, kereta pertama yang akan dilancarkan sejak kerjasama Proton dengan Kumpulan Geely Automobile telah menaikkan semula jenama tersebut kerana model itu diterima baik dan menjadi SUV terlaris di dalam kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton,  Dr. Li Chunrong berkata, syarikat berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi hos bagi sidang kemuncak APEC 2020. Kata beliau lagi, sepanjang forum ini dijalankan, kereta-kereta yang digunakan akan dijaga rapi menerusi 120 rangkaian pusat 3S/4S Proton yang akan beroperasi menjelang akhir tahun 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply