ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Gambaran Artis

Views

Mesti anda yang kerap mengikuti laman web ini agak pelik sebab sejak semalam kami kurang menyiarkan artikel baharu kan? Sebenarnya penulis ingin ‘melepas gian’ setelah lama tidak membuat gambaran artis hasil tangan sendiri. Dulu penulis ‘rajin’ juga luangkan masa menghadap komputer berjam-jam untuk membuat illustrasi digital, namun sejak kebelakangan ini penulis agak sibuk mencari bahan artikel.

Kali ini penulis cuba membayangkan Bezza facelift 2020 menggunakan imaginasi sendiri dan setelah mengkaji apa yang boleh ditambah baik pada model sedan pertama Perodua ini. Dalam artikel terdahulu, kami pernah memberitahu Perodua sedang mempersiapkan Bezza facelift untuk terus mengukuhkan cengkamannya sebagai pengeluar kereta nombor 1 di Malaysia.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Bezza facelift versi penulis boleh dikatakan sebagai MC (Minor Change) kerana hanya melibatkan perubahan kecil pada bahagian lampu dan bampar depan serta belakang. Di bahagian depan penulis telah mereka bentuk semula lampu supaya nampak lebih panjang dan nipis, sekaligus memberi visual lebih lebar pada model tersebut.

Jalur krom pada bahagian atas jeriji masih dikekalkan dan kali ini di bahagian bawahnya punya penulis menambah satu lagi jalur krom nipis untuk menjadikannya lebih mewah. Bentuk jerijinya pula diolah supaya mengikut rekaan terkini pada model Axia 2019 dan model X-Concept.

Bampar depan kini menampilkan rekaan “X” yang kini menjadi identiti baharu rekaan keluarga Perodua dan di sisi kiri dan kanannya pula dihiasi dengan jalur kemasan hitam piano dan lampu kabus. Lubang angin di bawah bampar depan kini lebih lebar dan besar, jadi secara tidak langsung Bezza facelift versi penulis nampak lebih garang.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Ke bahagian belakang, penulis telah mengubah sedikit bentuk lampu dengan membuang bahagian atas dan ia nampak lebih kecil dan nipis. Susun atur lampu juga telah dirombak dan jalur lampu LED telah dipusingkan untuk membentuk seakan huruf “C”. Lampu signal dan undur pula berada di tengah-tengah lampu jalur lampu belakang dan nampak lebih kemas serta moden.

Bar krom yang melintang antara lampu belakang turut dinipiskan supaya ia tidak terlalu berserabut dan akhir sekali bahagian bampar juga diolah semula dengan memasukkan juga elemen rekaan “X”. Pemantul cahaya diletakkan di kiri dan kanan bawah bampar serta diffuser dengan rekaan yang ringkas melengkapi keseluruhan visual belakang.

Mengikut jangkaan penulis, Bezza facelift akan diperkenalkan seawal hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal 2020. Apa pendapat anda mengenai rekaan Bezza facelift ini? Maafkan penulis kerana tidak mempunyai kepakaran Photoshop seperti sifu Theophilus Chin atau Ajerul, namun inilah yang boleh penulis sumbangkan untuk peminat laman web ini.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply