ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tokan dadah dihambat sejauh 6 km sebelum diberkas

Berita Tempatan

Views

Polis memberkas seorang lelaki dipercayai tokan dadah selepas bertindak mengejarnya sejauh enam kilometer (km) dari Greenlane hingga ke Batu Uban, di Georgetown, pagi tadi.

Menurut Utusan Online, dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, suspek berusia 47 tahun berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas merempuh seorang pejalan kaki hingga mangsa maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Difahamkan, susulan penangkapan lelaki tempatan itu membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan dadah termasuk peralatan menimbang di dalam kenderaan tersebut.

Kejadian penahanan suspek di kawasan perumahan itu turut mengejutkan penduduk flat berhampiran selain gambar dan video kejadian turut tular dalam media sosial.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Menerusi rakaman daripada seorang penghuni flat berhampiran, kelihatan sekumpulan anggota polis yang menaiki beberapa kenderaan cuba menghentikan kereta suspek sebelum memberkasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu, maklumat lanjut berkaitan kejadian dimaklumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply