ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pukul pemandu e-hailing OKU, polis pengiring dikenakan tindakan tatatertib

Berita Tempatan

Views

Anggota polis pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing kurang upaya (OKU) di lobi sebuah hotel di ibu negara, di Kuala Lumpur 28 Mei lalu sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan sudah diambil ke atas anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas siasatan dijalankan.

“Siasatan sudah dibuat pada Jun lalu dan tindakan tatatertib telah diambil oleh JIPS Bukit Aman,” katanya pada Selasa.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu, beliau memaklumkan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 Jun, namun dikembalikan semula.

Bagaimanapun katanya kertas siasatan terbabit sudah diserahkan kepada AGC pada 22 Jun untuk arahan lanjut.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan pemandu kenderaan e-hailing yang mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, individu berkenaan, yang juga OKU membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Sebelum itu, pemandu OKU e-hailing yang mendakwa diserang anggota pengiring orang kenamaan mendedahkan rakaman kamera kejadian pada Mei lalu.

Peguamnya, N. Surendran dilaporkan berkata, tiada sebarang tindakan lanjut walaupun kira-kira dua bulan kertas siasatan tersebut didakwa telah diserahkan kepada AGC. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply