ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Johor Bahru 2 akan dibuka pada suku keempat tahun ini

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia mengumumkan pembukaan pusat pengedar kenderaan keduanya di Johor Bahru yang dikendalikan oleh AG Autoworld (EV).

Ditubuhkan pada tahun 1999, AG Autoworld (EV) yang kini secara rasmi dikenali sebagai smart Johor Bahru 2, terletak di 17 & 18, Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor.

Syarikat tersebut telah merangkul pelbagai anugerah berprestij di bawah jenama Proton pada Persidangan Pengedar Proton 2024 & Anugerah Pengiktirafan termasuklah Anugerah Emas, penghormatan tertinggi dalam Jumlah Jualan dan Prestasi B&P.

Pusat pengedar kenderaan ini di bawah Kumpulan Syarikat AG mencerminkan komitmen smart Malaysia dalam memenuhi minat yang semakin meningkat terhadap EV dan meluaskan jangkauan smart dalam komuniti.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

smart Johor Bahru 2 akan menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh, dari jualan sehingga penjagaan selepas jualan. Hab ini juga mempamerkan barangan eksklusif jenama smart iaitu smartIdea.

Dengan keluasan 230m², kemudahan ini meliputi ruang untuk tiga unit pameran dan juga ruang penghantaran. Bilik pameran ini dijadualkan untuk mula beroperasi seawal suku keempat tahun ini.

Dengan pembukaan smart Johor Bahru 2, smart Malaysia kini mempunyai sejumlah 13 pengedar yang dilantik dengan 14 outlet, di mana 12 daripadanya telah beroperasi, termasuklah yang ini.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Senarai Hab Berasaskan Komuniti smart adalah seperti berikut:

Nama Pengedar UtamaNama Syarikat PengedarBandarAlamat penuh
smart Johor Bahru 2AG Autoworld (EV) Sdn BhdJohor Bahru17,18 Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor. 
smart BalakongHap Seng Smart Sdn. Bhd.BalakongNo. 1, Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor
smart KLHap Seng Smart Sdn. Bhd.Kuala Lumpur2F-01, Menara Hap Seng 3, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
smart DamansaraSmart Mobility Sdn. Bhd.DamansaraGround Floor, Menara TSR, No. 23, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
smart IpohGB Auto Sdn. Bhd.IpohNo. 77, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan Kuala Kangsar), 30100 Ipoh, Perak
smart PenangEleganz Lifestyle Sdn. Bhd.GeorgetownNo. 169, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang
smart Alor SetarLee Motors (EV) Sdn. Bhd.Alor Setar12-C, Jalan Istana Kuning, 05000 Alor Setar, Kedah
smart MelakaSigma Energy EV Sdn. Bhd.BachangLot 5173, Jalan Tun Fatimah, Mukim Bachang, 75250, Melaka
smart GlenmarieEON BerhadGlenmarieEON Berhad HQ, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
smart Johor BahruMotor Future Sdn. Bhd.SkudaiNo. 125, Batu 4 ½, Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Skudai, Johor
smart Setia AlamWheelcorp EV Sdn. Bhd.Setia AlamNo. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Jerayawara AG Autoworld di Aeon Tebrau City Mall

Menjelang pembukaan bilik pameran, AG Autoworld (EV) menjemput anda ke jerayawara BRABUS Fever dari 13 hingga 18 Ogos 2024 di Aeon Tebrau City Mall.

Terokai inovasi automotif terkini dan alami teknologi terbaru smart #3 yang menakjubkan. Manfaatkan tawaran eksklusif BRABUS Fever dan promosi istimewa, dengan diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply