ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Proton milik Atiara Johan Sdn Bhd dirasmikan

Views

Atiara Johan Sdn Bhd secara rasminya melancarkan cawangan pengedar 3S baharu miliknya di Puchong, Selangor yang menggantikan bilik pameran berstatus 1S yang sebelum ini beroperasi di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan Proton yang lain.

Cawangan baharu ini telah dibina di kawasan tanah lot dan kos pembinaannya dianggarkan bernilai RM3.5 juta, dengan kawasan seluas 1,700 meter persegi. Kawasan sekitar bagi lokasi baharu ini merupakan sebuah kawasan komersil yang padat dan syarikat menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 60 peratus dan kemudahan servis akan menjadi aliran pendapatan baharu untuk cawangan tersebut.

Judith Yam, Pengarah Urusan Atiara Johan Sdn Bhd berkata syarikatnya mengambil peluang untuk menaik taraf dari pusat 1S kepada pusat 3S kerana ia akan menyediakan masa hadapan yang lebih cerah kepada perniagaannya untuk jangka masa panjang. Ia juga seiring dengan hala tuju perniagaan baharu Proton yang mahukan cawangan untuk tampil lebih segar dengan pelbagai kemudahan sekaligus meningkatkan tahap jualan dan pengalaman servis yang baik kepada pelanggan.

Pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, minuman dan ruangan untuk mengecas komputer riba telah disediakan bagi pelanggan beristirahat dan kekal berhubung. Selain itu, ruang permainan kanak-kanak turut disediakan buat ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pusat servis tersebut. Pusat servis ini dilengkapi dengan 14 tempat penyelenggaraan dan 12 servis pengangkat dan dikendalikan oleh kakitangan servis yang berpengalaman.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Sehingga 31 Ogos 2018, Proton telah mencapai sebanyak 92 peratus daripada sasarannya untuk pelan cawangan yang diluluskan berstatus 3S dan 4S. Sasaran Syarikat untuk mendapatkan sebanyak 109 cawangan menjelang Oktober tahun ini berjalan seperti yang dirancang kerana setakat ini sebanyak 100 cawangan telah mendapat kelulusan.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, penaiktarafan ini juga lakukan kerana keperluan pelanggan kini telah berubah. Permintaan mereka kini lebih tinggi dan memerlukan tahap jualan dan servis yang hebat, jadi ianya merupakan satu keperluan bagi usahawan-usahawan ini terus selari dengan tuntutan pasaran dan menyediakan apa yang mereka mahukan.

Pengukuhan pada jenama ini turut menyumbang kepada peningkatan jualan Proton sejak tiga bulan lalu dengan jualan pada bulan Ogos mencapai 18 peratus lebih tinggi daripada bulan sebelumnya dengan jualan sebanyak 9501 unit sekaligus merupakan jualan tertinggi untuk tempoh 36 bulan lalu. Tempahan untuk model SUV pertama Proton, X70 telah pun dibuka untuk tempahan sejak 8 September dan mendapat maklum balas yang baik.

Tempahan dijangka akan terus melonjak kerana pelancarannya juga semakin hampir. Tempahan boleh dibuat dengan deposit sebanyak RM1,000 dan boleh dilakukan di semua cawangan yang diiktiraf. Selain itu, Proton akan menyerap kos SST untuk semua model sepanjang bulan September ini. Proton turut menawarkan penjimatan bermula dari RM500 untuk Saga, RM1,000 untuk Iriz dan Persona, sehinggalah RM2,000 untuk Ertiga.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply