ARKIB

KATEGORI

Buletin

CIMB tawar kadar pembiayaan rendah untuk kenderaan hibrid dan hartanah yang disahkan oleh GBI

Views

CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) telah mengeluarkan kadar pembiayaan istimewa untuk kenderaan hibrid baharu dan hartanah kediaman yang disahkan di bawah Indeks Bangunan Hijau (GBI). Ini sekaligus menandakan satu lagi langkah ke hadapan Kumpulan CIMB yang menepati prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Pentadbiran (ESG)

Pelanggan CIMB akan ditawarkan 10 mata asas (0.10 peratus) kadar faedah lebih rendah berbanding kadar faedah kenaikan harga yang diguna pakai, untuk kenderaan hibrid baru selain hartanah kediaman yang disahkan oleh GBI. Tawaran ini menyokong komitmen Kumpulan CIMB untuk menanamkan prinsip kemapanan selain menyokong inisiatif global untuk perbankan yang bertanggungjawab, melalui keahlian kumpulan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk Program Dasar Inisiatif Kewangan Alam Sekitar untuk Perbankan Bertanggungjawab (UNEP-FI).

CIMB Group buat masa ini adalah satu-satunya kumpulan perbankan di Malaysia dan ASEAN yang menjadi ahli pengasas inisiatif yang mampan, bersama dengan 26 bank terkemuka lain dari lima benua dan 19 buah negara. Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Pengguna, Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata sebagai peneraju bank sejagat ASEAN, ia sudah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membantu membentuk agenda alam sekitar melalui perbankan yang bertanggungjawab.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

CIMB sangat berbesar hati menjadi bank pertama di Malaysia untuk memperkenalkan kadar pembiayaan yang lebih rendah untuk kenderaan dan hartanah yang mesra alam. Ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah memenuhi komitmen CIMB untuk menanamkan ESG ke dalam model perniagaan dan berharap untuk memperkenalkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang akan memberi kesan yang lebih positif kepada alam sekitar dan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Islam, Kumpulan CIMB, Rafe Haneef yang turut mengetuai inisiatif kemampanan Kumpulan berkata, produk perbankan pembiayaan-rendah bukan hanya menambah nilai kepada pelanggan, malah merupakan langkah bermakna ke arah memenuhi komitmen syarikat untuk mencapai objektif UNEP-FI bagi memastikan industri perbankan mewujudkan kesan positif bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi sosial dan alam sekitar.

Keahlian CIMB dalam UNEP-FI turut menyokong strategi Pengantaraan Berasaskan Nilai Bank Negara Malaysia untuk industri perbankan Islam selain inisiatif berterusan CIMB untuk menanamkan kemapanan dalam kesemua aspek operasi kumpulan. Untuk maklumat lanjut dan senarai hartanah yang disahkan GBI, sila kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank di Malaysia atau layari www.cimbbank.com.my/hybrid / www.cimbbank.com.my/greenhome  atau rujuk kepada Indeks Bangunan Hijau.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply