ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Subsidi CRS bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation – BMW Malaysia gesa lebih banyak pihak beri sokongan

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia menggesa lebih ramai pihak tampil untuk menyokong program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) buat golongan ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40. Menurut Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, sambutan menggalakkan yang diterima bagi fasa pertama program subsidi berkenaan jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kini lebih cakna mengenai keperluan CRS dan terus menggunakannya jika diberi peluang.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Program subsidi ini telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°. Bagi fasa pertama, BMW Malaysia, Childline Foundation dan Safe ‘n Sound telah menyediakan 150 unit CRS jenama snskidz Ace pada harga bersubsidi berjumlah RM 100 seunit untuk para ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

Pendaftaran bagi program subsidi berkenaan telah dibuka sejak 2 Disember 2019 dan telah meraih lebih daripada 25,000 pendaftaran hanya dalam masa dua minggu. Kerusi tersebut telah diserahkan kepada para ibu bapa dari daerah Lembah Klang baru-baru ini, manakala bakinya akan diagihkan di seluruh negara tidak lama lagi.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Dengan tetapan menghala ke belakang, kerusi khas yang bernilai RM199 ini boleh digunakan dari usia awal kelahiran sehingga berat bayi mencecah 13kg, serta produk tersebut hadir dengan persijilan ECE R44-04. Mereka yang berminat boleh menyertai program subsidi ini dengan menghantar penyertaan ke [email protected] – sila nyatakan nama organisasi peserta dan jumlah subsidi (dalam Ringgit Malaysia) yang organisasi berkenaan ingin tawarkan sebelum 13 Februari 2020.

Program subsidi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak mulai tahun ini. Bagi menggalakkan penggunaan CRS, para pemandu tidak akan didenda sepanjang enam bulan pertama peraturan tersebut berkuatkuasa namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan di dalam kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply