ARKIB

KATEGORI

Info

Rancang perjalanan cuti sekolah dan Hari Raya Aidil Adha menerusi ramalan trafik dari Waze

Info

Views

Sempena ketibaan cuti sekolah dan sambutan Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi, sudah pasti ramai ramai yang akan mengambil kesempatan ini untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini juga bermakna anda perlu membuat persediaan untuk mengharungi kesesakan trafik di dalam mahupun di luar kota.

Untuk membantu anda memandu secara cermat dan berhemah serta sampai ke destinasi dengan pantas, berikut adalah beberapa ramalan trafik Waze bagi aliran masuk dan keluar dari bandar semasa cuti persekolahan dan Hari Raya Aidil Adha:

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Ramalan 1 : Akan terdapat lebih ramai rakyat Malaysia berada jalan raya

Berdasarkan data Waze bagi tahun 2018 dan sempena cuti sekolah serta Hari Raya Aidil Adha, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 39 peratus bilangan pengguna jalan raya berbanding hari-hari biasa. Oleh itu, bersedialah untuk mengharungi trafik yang sesak!

Ramalan 2 : Warga Malaysia akan mengisi minyak dengan lebih kerap

Cuti panjang bermakna lebih banyak perjalanan serta lebih banyak perhentian di stesen minyak untuk perjalanan jauh luar dari bandar. Waze meramalkan akan terdapat peningkatan navigasi ke stesen minyak menggunakan Waze dan nombor itu dijangka akan meningkat sebanyak 38 peratus pada Hari Raya Aidil Adha berbanding hari yang sama dalam minggu yang sama dalam bulan Julai.

Ramalan 3 : Minat warga Malaysia terhadap makanan dan membeli-belah

Waze meramalkan akan terdapat peningkatan mendadak sebanyak 95 peratus bagi navigasi berkaitan makanan, kebanyakkannya ke tempat makanan segera berdasarkan cuti sekolah dan Hari Raya Aidil Adha yang berlaku pada masa yang sama pada tahun lepas. Selain itu, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus untuk navigasi ke pusat membeli-belah dalam tempoh yang sama.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Ini adalah beberapa tip Waze untuk anda:

Pastikan Waze dibuka semasa memandu
Waze mencadangkan para pengguna membuka aplikasi Waze semasa memandu untuk mendapatkan keadaan semasa aliran trafik bagi membantu menganggar masa pemanduan dengan lebih tepat.

Pilih laluan anda
Waze juga mengingatkan bahawa dengan menekan Laluan di dalam aplikasi tersebut, anda boleh menyemak laluan mana yang menawarkan masa ketibaan yang paling pendek. Secara alternatif, pengguna juga boleh memilih laluan yang lebih dikenali atau mudah, termasuk laluan tanpa tol.

Mainkan muzik
Jika perjalanan anda jauh, ceriakan suasana dengan memainkan lagu atau podcast daripada salah satu rakan kongsi Waze seperti Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.

Semua tip di atas diharap dapat membantu anda mengalami perjalanan yang lancar dan tiba di destinasi dengan selamat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply