ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkul pingat gangsa Olimpik Paris 2024 – Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dihadiahkan Chery Tiggo 7 Pro!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Chery Malaysia menerusi hantaran terbaharu mengucapkan tahniah buat pemain badminton negara iaitu, pemain perseorangan Lee Zii Jia serta beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan mereka merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.

Oleh yang demikian, sebagai tanda penghargaan Chery Malaysia turut mengumumkan yang mereka bertiga bakal menerima model SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 setiap seorang.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ini merupakan ganjaran yang dijanjikan oleh Chery Malaysia pada Jun lalu, bagi mengkitiraf segala usaha para atlet negara yang berjuang untuk memenangi pingat di Olimpik Paris 2024.

Berikut adalah ganjaran yang ditawarkan oleh Chery Malaysia:

  • Pemenang Pingat Emas akan menerima sebuah Tiggo 8 Pro
  • Pemenang Pingat Perak akan menerima sebuah SUV elektrik Omoda E5
  • Pemenang Pingat Gangsa akan menerima sebuah Tiggo 7 Pro

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Menurut Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen, pihaknya tahu mereka (atlet) telah melakukan kerja keras dan latihan berjam-jam untuk menghadapi temasya sukan terbesar di dunia itu.

Tambah beliau, Chery Malaysia menaruh harapan yang tinggi pada tahun ini, Malaysia akan mencapai pingat emas yang diidam-idamkan oleh negara.

* Kami mengucapkan syabas dan tahniah buat “Wira-wira negara”, Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Karate Federation – MAKAF dan Chery Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply