Seorang penunggang motosikal mendakwa sekumpulan penunggang motosikal Malaysia merancang kemalangan untuk memeras wang daripada penunggang motosikal Singapura yang masuk Johor melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Penunggang Singapura berkenaan semalam memuat naik rakaman video berdurasi 46 saat ke kumpulan Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Rakaman itu menunjukkan penunggang asing dan pemboncengnya melepasi sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai rakyat Malaysia, sedang berhenti di tepi jalan selepas keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di BSI, menuju ke Johor Baru.
Beberapa saat kemudian, seorang lagi penunggang motosikal dilihat mengendalikan motosikalnya hampir dengan motosikal penunggang asing itu dan kelihatan sengaja melanggar kotak barang ke tuil brek tangan penunggang asing itu.
Seorang penunggang motosikal kedua, yang dipercayai rakannya, merapati motosikal penunggang asing itu, dan mereka dilihat seperti bertengkar. Penunggang asing itu dirakam menunjukkan perakam video digitalnya semasa kejadian itu.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Dalam hantaran Facebook, penunggang motosikal itu mendakwa bahawa dua penunggang motosikal Malaysia berkenaan cuba memeras wang daripadanya sebagai pampasan untuk kerosakan.
Bagaimanapun, dia mendakwa apabila menyedari aksi mereka dirakam, kedua-dua penunggang berkenaan berlalu pergi.
The New Straits Times telah menghubungi ketua polis Johor Baru (Selatan), Asisten Komisioner Raub Selamat, untuk pengesahan. Beliau belum memberikan maklum balas setakat masa ini. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI