ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid KL lanjutkan waktu perkhidmatan sempena Ambang Tahun Baharu 2020

Berita Tempatan

Views

Rapid KL menerusi kenyataan media di laman sesawangnya memaklumkan, waktu perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan sempena Ambang Tahun Baharu 2020 pada 31 Disember 2019 (malam ini), bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri acara tersebut.

Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 1.30 pagi adalah seperti berikut:

  • LRT Laluan Kelana Jaya: USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park
  • LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Bandaraya, Masjid Jamek
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara
  • Laluan Monorel Kuala Lumpur: Bukit Bintang
  • BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Manakala bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.

Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baharu.



JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyambut ambang Tahun Baharu secara berhemah dan menjaga keselamatan masing-masing. Sila berhubung dengan petugas stesen jika memerlukan bantuan. Untuk maklumat lanjut, ikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman sesawang www.myrapid.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply