ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggang RX-Z tanpa topi keledar dan nombor plat – Instafamous dapat ‘surat cinta’ dari JPJ

Tular

Views

Seorang Instafamous wanita dari Dungun yang merakam aksinya ketika sedang menunggang motosikal Yamaha RX-Z untuk dijadikan kandungan media sosial baru-baru ini membawa padah kerana dia disaman gara-gara melanggar peraturan jalan raya.

Menurut Harian Metro, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata , sekarang ramai yang merakam video menaiki kenderaan sebagai kandungan di media sosial. Namun jika melanggar undang-undang, ia dijadikan bukti kepada pihaknya untuk diambil tindakan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan wanita berkenaan yang berpakaian baju kebaya merah mempamerkan kecekapannya menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun. Zulkarnain berkata, pihaknya sudah memanggil wanita berkenaan dan dia mengakui kesilapannya iaitu tidak memakai topi keledar dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan motosikal.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000. Tambah beliau, kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Beliau berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya. Katanya, jika mereka menerima laporan bergambar atau video berkaitan kesalahan jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memaparkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, pihaknya akan menjalankan siasatan.

Tambah beliau, walaupun video dan bukti itu daripada media sosial peribadi, tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan. Menurutnya lagi, pihaknya mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply