ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Red Bull taja tiga pasukan lumba Petronas Sprinta Yamaha

Berita Tempatan

Views

Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, mengumumkan penajaannya ke atas Pasukan Lumba Petronas Sprinta Yamaha di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Ia adalah sebahagian usaha jenama ini untuk membangunkan bakat di peringkat akar ubi dan meraikan perlumbaan motor.

Kerjasama ini dirasmikan menerusi majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba Petronas Sprinta Yamaha iaitu Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Petronas Sprinta Yamaha CKJ dan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.

Ketiga-tiga pasukan lumba tersebut akan bertanding dalam Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Petronas MAM Malaysia 2024 dari 1 hingga 2 Jun di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Menurut Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia, Andy Lee, kerjasama dengan Pasukan Lumba Petronas Sprinta Yamaha ini mewakili lebih daripada gabungan logo.

Tambah beliau, ia mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah latar belakang ketiga-tiga pasukan Yamaha Sprinta Petronas:

Dipacu oleh tiga tonggak iaitu ‘RIDE. RACE. LEAD’.  Pasukan Petronas Sprinta Yamaha 31 mensasarkan untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik bukan sahaja di Asia dan juga di dunia.

Pasukan ini telah menerima pelbagai anugerah sepanjang 28 tahun perlumbaan motosikal, termasuk gelaran Juara Keseluruhan Kategori Wira KBS dalam Kejuaraan Cub Prix Petronas MAM Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Ditubuhkan pada 2009, pasukan Petronas Sprinta Sprinta Yamaha CKJ percaya dengan motto mereka “always being ahead, never look back“.

Dianggotai pelumba muda berbakat seperti Afif Amran dan Akid Aziz, yang telah merangkul pelbagai gelaran Juara Keseluruhan pada Kejuaraan Cub Prix pasukan MAM Malaysia, pasukan ini kekal teguh dalam misi mereka untuk membakar semangat kesukanan dan menyemarakkan semangat setiakawan pasukan di litar.

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju, telah ditubuhkan pada 1997 oleh bekas pelumba Yong Ying Hoe. Pasukan ini mengekalkan rekod bagi jumlah kejuaraan paling banyak yang diraih dalam Kejuaraan Cub Prix Petronas MAM Malaysia.

Dengan 5 pelumba yang bersaing musim kejuaraan ini, pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju menyasarkan untuk meninggalkan kesan yang berkekalan pada setiap litar yang mereka saingi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai sebahagian dalam kerjasama ini, Red Bull akan menganjurkan peraduan tidak lama lagi, menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memiliki motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad ditandatangani eksklusif oleh pelumba terpilih dari tiga pasukan lumba Petronas Sprinta Yamaha.

Sempena memperingati lembaran baharu ini, Red Bull memperkenalkan siri minuman baharu, Red Bull Energy Sparkling, yang sesuai untuk individu muda aktif yang mencari rangsangan tenaga yang ringan dan menyegarkan.

Tersedia dalam tin 250ml, siri baharu ini menawarkan aroma buah yang menggembirakan, rasa menyegarkan tanpa gula, dan didatangkan dalam dua perisa menarik iaitu Limau Bali dan Epal & Anggur Muscat. Ia boleh didapati dari RM3.10 setin di pasar raya utama dan kedai serbaneka.

Di samping itu, Red Bull Gold kini boleh didapati di dalam saiz serba baharu, iaitu 325ml. Red Bull Gold 325ml baharu menghasilkan minuman yang lebih memuaskan dan lebih besar yang didatangkan dengan Vitamin B6, Vitamin B12 dan 1,300mg Taurine.

Ia membolehkan individu menjalani hari mereka dengan LEBIH tenaga, LEBIH fokus. Kedua-dua varian 250ml dan baharu 325ml sedia ada masing-masing boleh didapati daripada RM3.10 setin dan RM3.70 setin di pasar raya utama dan kedai serbaneka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply