Seorang remaja maut selepas hampir 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis di Jalan Gangsa Kesang, Durian Tunggal, di Alor Gajah, awal pagi semalam.
Kemalangan mengejutkan ketika umat Islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal itu turut tular di media sosial hingga menerima pelbagai reaksi warganet.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, mangsa, Mohammad Khairul Basahri,18, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pada jam 12.37 tengah malam tadi oleh doktor bertugas.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 2.56 pagi semalam semasa kenderaan pacuan empat roda polis terbabit sedang dalam tugas rondaan cegah lumba haram dan dilanggar oleh motosikal ditunggangi mangsa.
Menurutnya, kenderaan terbabit dipandu anggota dari Balai Polis Durian Tunggal yang ke lokasi kejadian selepas menerima aduan awam berkaitan bunyi bising serta terdapat aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan.
Anggota terbabit menyalakan lampu mata arah (beacon light) serta bunyi siren amaran ketika memandu ke lokasi. Menyedari kehadiran polis, semua individu yang sedang berkumpul di tepi jalan berkenaan cuba melarikan diri dengan menggunakan motosikal masing-masing.
Namun, sewaktu kenderaan polis membelok ke arah kanan jalan, ia dilanggar oleh motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal yang juga pekerja sambilan di sebuah kilang perabot mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan badan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, manakala anggota polis berusia 37 tahun tidak cedera. Menurut Zainol, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.
Berdasarkan video tular selama 40 saat, kelihatan penunggang motosikal melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik melihat kehadiran polis sebelum motosikal mangsa merempuh kenderaan polis yang membelok ke kanan di lokasi kemalangan. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI