Seorang remaja terpaksa menanggung kerugian RM2,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian motosikal jenis Yamaha RX-Z melalui aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, remaja berusia 18 tahun itu mula melihat iklan jualan motosikal tersebut jam 3 petang pada Ahad.
Menurutnya, iklan oleh akaun ‘motosikal trusted malay‘ di aplikasi itu menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM4,000.
“Mangsa yang bekerja sebagai buruh tertarik dengan iklan tersebut dan telah menghubungi suspek melalui aplikasi mudah alih WhatsApp dan menyatakan persetujuan untuk membeli motosikal itu.
“Mangsa kemudian telah membuat pemindahan wang sebanyak RM2,000 sebagai bayaran deposit ke akaun yang diarahkan pada jam 4 petang hari yang sama,” katanya di sini pada Selasa.
Menurut Azli, mangsa menyedari ditipu apabila berasa curiga selepas suspek meminta dia membuat bayaran penuh bagi pembelian motosikal tersebut.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
“Mangsa seterusnya membuat semakan ke atas akaun kedai tersebut dan mendapati ia adalah ‘scammer‘.
“Lelaki tersebut tampil membuat laporan polis pada hari yang sama untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Dalam pada itu, Azli menasihatkan masyarakat supaya sentiasa peka dan berwaspada serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi wang.
Katanya, langkah proaktif juga perlu diambil bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan, kredit Carousell
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI