Seorang lelaki maut setelah pacuan empat roda yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.
Menurut K! ONLINE, nahas pada pukul 11 malam itu mengorbankan Shaik Shafiq Shaik Abdul, 31, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.
Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori muatan roti berusia 53 tahun tidak cedera.
Tambah beliau lagi, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
KOMEN TERKINI