ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia acah foto Camry facelift, bakal dilancarkan 17 Februari

Berita Tempatan

Views

Nampaknya Malaysia bakal menanti ketibaan model Toyota Camry facelift tidak lama lagi. Laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah mula menyiarkan iklan acah model tersebut sejak semalam dan ia bakal dilancarkan pada 17 Februari ini.

Serentak dengan itu juga, para peminat model berkenaan boleh mendaftarkan minat dan menjadi yang terawal untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Camry facelift menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Generasi kelapan Camry ini telah dilancarkan di pasaran tempatan sejak 2018. Model ini telah dilancarkan di negara jiran, Thailand pada bulan November tahun lalu.

Ia menampilkan perubahan kosmetik di bahagian bampar hadapan, rekaan rim baharu dan juga kemasan gelap pada lampu belakang. Berkemungkinan Camry facelift akan mendapat unit trenkuasa baharu A25A-FKS yang menghasilkan 209 PS dan 250 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Enjin ini bakal dipadankan dengan kotak gear automatik Direct Shift lapan-kelajuan. Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense 2.5+, selain unit infohibur jenis terapung bersaiz 9-inci.

Butiran lanjut mengenai Camry facelift hanya akan didedahkan semasa pelancarannya minggu depan. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply