Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan Renault Zoe 2022 bakal tiba tidak lama lagi.
Pendafataran minat juga telah dibuka menerusi pautan ini dan sebuah Zoe 2022 turut dipamerkan di bilik pameran utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13, Petaling Jaya untuk dilihat secara lebih dekat.
Model ini menawarkan keseronokan pemanduan elektrik 100 peratus ke satu dimensi baharu, dengan peningkatan kuasa dan jarak, kejuruteraan dan teknologikal yang ditambah baik bersama gaya Perancis yang tersendiri.
Sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2012, hampir 380,000 unit model Zoe telah terjual sehingga penghujung Mei 2022.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Dua varian akan ditawarkan ke pasaran Malaysia iaitu R110 dan R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza. Rangkaian kuasa yang telah dinaik taraf ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.
Ditawarkan pada harga RM163,000, varian R110 baharu menawarkan kuasa maksimum 80kW dan 225Nm daya kilas, manakala varian R135 pula menawarkan kuasa maksimum 100kW dan 245Nm daya kilas.
Buat masa ini, harga rasmi untuk varian R135 masih belum ditetapkan, tetapi ia dijangka sekitar RM175,0001. Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh bateri 52 kWh Z.E. 50 baharu yang menawarkan jarak tempuh sehingga 395km berdasarkan kepada standard WLTP.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding bateri generasi sebelumnya tanpa penambahan dari segi dimensi. Zoe 2022 juga menawarkan keupayaan pengecasan pantas (DC) menerusi penambahan palam Combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 alternating current (AC) sedia ada.
Dengan pengecasan pantas, ia mampu mencapai jarak sehingga 145km apabila dicas selama 30 minit. Melalui pengecasan AC Type 2, ia boleh dicas daripada kosong hingga 100 peratus dalam masa tiga jam (menggunakan pengecas 22 kW) dan sembilan jam 30 minit (dengan pengecas 7.4 kW).
Ruang kabin Zoe 2022 menerima sentuhan rekaan baharu yang merangkumi kelompok instrumen bersaiz 10-inci TFT yang boleh diubah suai, selain sistem multimedia EASY LINK Renault bersama enam unit pembesar suara.
Sistem infohibur yang telah dibaik taraf itu turut menampilkan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dengan replikasi telefon pintar yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.
Renault menggunakan bahan yang lestari di ruang kabin terutama kemasan tekstil di tempat sentuhan utama. Aspek keselesaan dan ergonomik yang telah dipertingkatkan turut menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan kepada pemandu dan penumpang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI