ARKIB

KATEGORI

Buletin

Replika Proton Wira ‘Super Street’ skala 1/24 keluaran Tabby Models – Boleh kustom sendiri, harga RM35 jer!

Berita Tempatan

Views

Bagi peminat atau pengumpul koleksi kereta mainan yang agak ‘rare‘, ini ada satu produk menarik buat anda. Memperkenalkan replika model Proton Wira ‘Super Street’ dengan skala 1/24 keluaran Tabby Models!

Model replika ini bukan sekadar bersaiz agak besar iaitu 6-inci, malah ia juga boleh diubahsuai (kustom) mengikut citarasa anda sendiri dengan aksesori mokit yang ada di pasaran.

Sebenarnya, Proton Wira ‘Super Street’ dari Tabby Models adalah produk keluaran syarikat tempatan, hanya kilang pembuatannya sahaja yang terletak di China.

Dengan saiz yang agak besar, harganya pula sangat ‘marhaen’, iaitu RM35 seunit! Ada tiga pilihan warna yang ditawarkan, iaitu hitam, merah dan juga biru.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Tabby Models, mereka sedang merancang untuk mengeluarkan dua lagi warna baharu dalam masa terdekat. Nak tahu warna apa, kena tungggu lah ye!

Pada hemat kami, walaupun perincian pada replika Proton Wira dari Tabby Models ini, tidaklah begitu rapi seperti model diecast berjenama yang bernilai ratusan ringgit, namun kualitinya sangat berbaloi dengan harga.

Bahan plastik yang digunakan juga agak keras dan padu, jadi ia juga sesuai dijadikan mainan untuk kanak-kanak. Tabby Models berkata, model replika tidaklah disasarkan kepada pengumpul koleksi.

Ia lebih berkonsepkan kepada model kit untuk ‘kaki modifikasi’ kereta replika atau pembeli baharu yang mula berjinak-jinak untuk mengumpul barang mainan yang ‘rare‘.

Jika anda memang ‘kaki modifikasi’ atau peminat model kit, kami syorkan Proton Wira ‘Super Street’ untuk anda bereksperimentasi.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Kat mana nak mendapatkan Proton Wira dari Tabby Models ini? Anda boleh mendapatkannya dari wakil penjual sah di bawah:

  1. Faiz Champ (Ambil sendiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, penghantaran ke seluruh Malaysia) wasap.my/60172530760/superstreetCheras
  2. Apai Ler (Ambil sendiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, penghantaran ke seluruh Malaysia) wasap.my/60162346313/superstreetKajang
  3. Uden Muo (Ambil sendiri dan COD sekitar Muar sahaja) wasap.my/60183132616/superstreetMuar
  4. Hani Hafiez (Ambil sendiri di Selatan Johor, penghantaran ke seluruh Malaysia) wasap.my/60183767277/superstreetJohor
  5. Mohd Jamily (Ambil sendiri di Terengganu, penghantaran ke seluruh Malaysia) wasap.my/60129299429/superstreetGanu
  6. Azis Bengkel FCon Autowork (Ambil sendiri dan COD sekitar Pulau Pinang sahaja) wasap.my/60184618821/superstreetPenang

**Farhan Hirzan (pilihan untuk kustom) wasap.my/60127499102/superstreetCustom

FB Marketplace/Shopee: Cari Tabby Model Wira

  1. chmpwshr https://shopee.com.my/product/124786464/21116231001?smtt=0.124788288-1658213164.9
  2. bisiktepi https://shopee.com.my/product/8961286/20920482634?smtt=0.124788288-1658213208.9 https://s.lazada.com.my/s.4ZdYq https://vt.tiktok.com/ZSR8ssxH2/

Tunggu apa lagi, dapatkannya sekarang! Siapa nak tolong kustomkan kereta admin jadi Proton Arena?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply