ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ribuan unit Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Jepun dipanggil balik, ini puncanya…

Berita Global

Views

Daihatsu Japan baru-baru ini telah memanggil balik model Rocky e:Smart Hybrid yang dijual di ‘negara matahari terbit’ itu.

Menurut syarikat tersebut, sebanyak 3,421 unit yang dikeluarkan antara 1 November dan 23 Disember 2021 terlibat dengan kempen tersebut.

Puncanya adalah berkaitan dengan program Unit Kawalan Eleketronik (ECU) yang bermasalah sehingga mengakibatkan enjin boleh terhenti semasa kenderaan sedang bergerak.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Masalah ini menyebabkan ‘lampu periksa enjin menyala’ di panel instrumen. Selain itu, ia turut menyebabkan pecutan kenderaan menjadi semakin berkurangan.

Sekiranya kereta itu terus dipandu dengan keadaan enjin yang bermasalah, ia mungkin tidak mampu bergerak jauh kerana kehabisan bateri.

Sistem e:Smart Hybrid yang digunakan pada model Rocky menggunakan enjin petrol WA-VEX 1.2 liter sebagai penjana elektrik. Enjin ini hanya digunakan sebagai penjana elektrik, namun tidak menggerakkan roda.

Bagi mengatasi masalah itu, Daihatsu perlu mengubahsuai program ECU bagi kesemua kenderaan yang terkesan. Menurut Daihatsu Japan, pihaknya memohon maaf berikutan masalah tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Jelas mereka, pemilik kenderaan yang terlibat boleh memohon untuk pemeriksaan dan pembaikan secara percuma.

Pemilik yang terlibat juga digesa untuk terus membuat tempahan janji temu di mana-mana pengedar Daihatsu berhampiran setelah menerima notis makluman.

Kempen panggil balik ini tidak melibatkan kembarnya iaitu Perodua Ativa di pasaran Malaysia, memandangkan versi hibrid masih lagi belum diperkenalkan.

Namun, menurut info terkini dari ejen perisik Mat Bond, ada ura-ura mengatakan yang Perodua sedang membangunkan Ativa hibrid untuk pasaran tempatan, namun buat masa ini tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply