ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risalah Perodua Aruz 2021 tular – Warna merah baharu untuk varian AV, injak sisi dan kunci automatik

Tular

Views

Kami baharu menerima foto risalah dan beberapa informasi terbaharu mengenai model Perodua Aruz 2021 yang mulai tular di laman sosial Facebook. Difahamkan versi 2021 ini nanti bukanlah facelift mahu pun minor change, tetapi ia boleh dikategorikan sebagai running change sahaja.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Reka bentuk dan spesifikasi teknikalnya masih lagi kekal, namun ia diberi sedikit penambahbaikan dan juga pengenalan warna baharu iaitu Passion Red untuk varian AV. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah kehadiran injak sisi (side step) baharu bersama dengan skirt sisi dan kunci automatik.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Harganya juga dikatakan masih kekal seperti model sebelumnya dan ada pemiliknya berasa agak ‘cemburu’ dengan apa yang ditambah pada model tersebut. Buat masa ini, masih belum ada kedengaran info bilakah ianya akan diperkenalkan.

Namun jika risalahnya sudah mula bocor, itu bermakna pelancarannya sudah semakin hampir. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply