ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Risalah Saga 2022 (MC2) bocor!

Foto Tiris

Views

Tinggal dua hari sahaja lagi menjelang pelancaran model Saga 2022 (MC2), pemilik akaun Facebook RiderAth telah memuat naik beberapa foto risalah model berkenaan sejak tengah hari tadi.

Apa yang pasti Saga MC2 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian – 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu, 1.3L Premium S AT.

Lima pilihan warna ditawarkan, antaranya Snow White (kecuali varian 1.3L Premium S AT), Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon (kecuali varian 1.3L Premium S AT) dan Ruby Red (kecuali varian 1.3L Standard MT dan AT).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dari segi kemasan dalaman, varian 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT dan 1.3L Premium AT menggunakan fabrik, manakala varian 1.3L Premium S AT menggunakan gabungan kemasan separa kulit sintetik dan fabrik.

Varian 1.3L Premium S AT dilengkapi dengan beberapa ciri baharu, antaranya:

  • Cermin sisi auto lipat
  • Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka
  • Skirt sisi
  • Rim aloi 15-inci kemasan dwitona
  • Skirt bampar hadapan
  • Panel meter baharu
  • Stereng balutan kulit sintetik
  • Balutan tempat duduk separa kulit sintetik dan fabrik
  • Butang penghidup enjin
  • Kemasukan nirkunci (keyless)
  • Lampu kabin dengan fungsi auto malap
  • Rona kabin warna hitam

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari segi keselamatan pula, kesemua model dilengkapi dengan ciri standard seperti:

  • Dua beg udara SRS
  • Cangkuk ISOFIX dan top tether
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Penderia parkir belakang

Nantikan pelancaran Saga MC2 pada hari Khamis ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RiderAth

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply