ARKIB

KATEGORI

Tular

Hyundai Elantra terbakar dan mengundur gemparkan pengunjung di Genting Highlands

Tular

Views

Pengunjung ke Genting Highlands khususnya pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta terbakar dan menggelungsur menuruni jalan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands, semalam.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurut KOSMO! ONLINE, berdasarkan satu rakaman video tular berdurasi 0.27 saat menyaksikan sebuah kereta berwarna putih terbakar sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna sebelum terhenti.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta jenis Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Katanya, dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke kilometer 3.0 Jalan Genting dengan api yang marak. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan forensik JBPM.

Menurut Ismail, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan. Tambahnya, pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply