ARKIB

KATEGORI

Buletin

RISIK: Perodua D66B dan Proton X70 MC2 mungkin tiba sedikit lewat

Berita Tempatan

Views

Boleh dikatakan agak lama juga kita tidak mendengar informasi terbaharu daripada ejen perisik Mat Bond kan? Baru-baru ini Mat Bond ada memberitahu kami perkembangan mutakhir mengenai model Perodua D66B dan Proton X70 MC2.

Kedua-dua model yang bakal dilancarkan dalam tahun ini besar kemungkinan akan tiba sedikit lewat daripada jadual asal. Seperti yang kita telah ketahui, Perodua bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model dalam tahun ini.

Salah satunya adalah model serba baharu yang dikenali dengan namakod D66B (kembar kepada Toyota Yaris Cross), manakala satu model lagi adalah versi facelift Ativa.

Mengikut jadual, D66B bakal dilancarkan pada bulan Julai dan Ativa facelift pula dijangka menyusul selang beberapa bulan selepas itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, Mat Bond berkata Perodua kini sedang menangguhkan semua projek baharu berikutan skandal “ketidakaturan prosedur” yang dialami oleh Daihatsu Motor. Kebetulan pula salah satu model yang terjejas adalah model Yaris Cross serba baharu.

Oleh yang demikian, Perodua tidak dapat meneruskan pembangunan projek baharu (termasuk D66B, (D01D) dan lain-lain) selagi kilang pengeluaran Daihatsu di Jepun masih menggantung operasinya.

Tidak dapat dipastikan berapa lama perkara ini akan berlarutan dan segalanya bergantung kepada situasi terkini di negara matahari terbit itu.

Selain Perodua, Proton juga akan memperkenalkan setidak-tidaknya satu model yang dikemaskini, iaitu X70 MC2 tahun ini. Mengikut perancangan asal, X70 MC2 akan dilancarkan dalam suku pertama (Q1) 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, Mat Bond berkata, ia juga bakal mengalami sedikit kelewatan berikutan pihak pengurusan tertinggi Proton mahukan lebih banyak perubahan pada model tersebut.

Difahamkan pihak pengurusan tertinggi Proton itu ‘tidak bersetuju kerana ada terlalu sedikit perubahan‘ yang dibuat pada X70 MC2 dan ada beberapa perkara perlu dirombak semula.

Tidak dipastikan apakah perubahan yang akan dibuat dan kami merasakan tempoh pembangunannya akan menjadi lebih panjang berbanding dengan sebelumnya.

Kami akan cuba mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi tersebut dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply