ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahu raih ‘FYP’ di TikTok jadi motif lelaki bakar kereta polis bantuan, turut positif dadah jenis morphine

Berita Tempatan

Views

Mahu meraih tontonan tinggi di TikTok dipercayai motif seorang lelaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 25 tahun itu didapati positif dadah jenis morphine. Hasil siasatan lanjut mengesan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Semakan di akaun media sosial pula mendapati suspek telah memuat baik video kebakaran tersebut yang berdurasi lima saat di TikTok dipercayai akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah beliau, polis merampas beberapa peralatan antaranya tukul besi dan botol air bagi mengisi petrol disyaki digunakan dalam kebakaran tersebut.

“Permohanan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan yang dijalankan,” kata beliau.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pekerja p-hailing ditahan selepas disyaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mohd Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.42 pagi tadi. Suspek kemudian ditahan di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Kata beliau, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan mencoteng hentian bas itu sebelum membakar kereta berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tanpa Nama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply