ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saham Xiaomi melonjak selepas pelancaran kereta elektrik SU7

Berita Global

Views

Saham firma China, Xiaomi melonjak 16 peratus semalam selepas pengeluar telefon pintar dan produk elektronik pengguna itu minggu lalu melancarkan kenderaan elektrik ‘sporty‘ yang reka bentuknya disamakan dengan model kereta sport Porsche Taycan dan Panamera.

Saham Xiaomi mencecah paras tertinggi sejak Januari 2022 pada hari pertama dagangan selepas cuti perayaan Easter dan dagangan pertama sejak ia melancarkan kenderaan sulungnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Khamis lalu, Xiaomi melancarkan model SU7 standard berharga 215,900 yuan (RM142,000), manakala versi Pro dan Max masing-masing berharga 245,900 yuan (RM161,500) dan 299,900 yuan (RM197,000).

Pelancaran itu memenuhi cita-cita pengasas Xiaomi, Lei Jun, yang mengumumkan penyertaan syarikat itu ke dalam EV pada 2021, berikrar untuk melabur $10 bilion (RM47 bilion) dalam perniagaan automotif sebagai ‘projek keusahawanan besar terakhir’ dalam hidupnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Xiaomi menasihatkan bakal pembeli sedan elektrik SU7 bahawa mereka menunggu selama empat hingga tujuh bulan, menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap kenderaan pertamanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen untuk memulakan jualan, Xiaomi mengeluarkan dua versi khas kereta yang dipanggil ‘Edisi Pengasas’ yang disertakan dengan hadiah percuma seperti peti sejuk.

Sebanyak 5,000 unit pertama kereta itu habis dijual serta-merta. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply